Friday 5 October 2012

POTASSIUM

POTASSIUM @ KURANG GARAM DALAM DARAH

Penyakit diatas adalah penyakit yg aku hidapi sekarang,sudah 7thn aku sakit ini,mula-mula aku dpt penyakit ni masa dlm pantang ank sulungku...Tiba-tiba aku hilang tenaga untk menggerakkan badanku,nak bangun pun susah,apatah lagi nak uruskan diri sendiri...aku seperti org lumpuh tidak mampu untk melakukan ape-ape...Suami dan mak ayahku segera membawa aku ke hospital untk mendapatkan rawatan,tetapi hanya masuk air dan blk xde buat ujian darah pun...

Aku masih ingat lagi semasa umur anakku 6bulan sekali lagi penyakit ku dtg,aku lemah xberdaya untk bergerak....kebetulan ketika itu aku dan anakku saje dirumah,suamiku bekerja dan blk lewat krn kerja lebih masa....kami berdua bergelap dlm rumah hanya mengharapkan cahaya dr tv yg terpasang dan lampu di luar rumah...betapa sedihnya aku melihat anakku menangis kelaparan tanpa aku dpt berbuat ape-ape krn tidak berdaya langsung untk menggerakkan tubuhku apatah lagi untk mengambil anakku,hanya kepada Allah kuberdoa dan bermohon supaya aku dan anakku selamat....Aku dibawa ke Hospital menaiki ambulans...selama seminggu aku di tahan di wad dan setelah ujian darah dijalankan barulah ku tahu pykt ini tetapi smpi skrg xku ketahui punca pykt ini....Sehingga skrg aku masih berjumpa pakar setiap 4bln sekali dan memakan ubat SLOW K 2BIJI 2KALI SEHARI dan SHOLL'S SOLUTION 15ML 3X SEHARI...Menurut doktor aku mesti mkn ubat ini sepanjang hayatku...

Aku ada mencari maklumat di internet rupanya potassium amat penting dlm tubuh badan kita dan ini adalah fungsi potassium...

:- Potassium diperlukan untuk mengekalkan imbangan cecair badan,menghantar isyarat saraf,pelepasan insulin dan kontraksi otot.

i)SUMBER POTASSIUM
  
a) BUAH
  1. PISANG
  2. LIMAU
  3. JUS LIMAU
  4. ANGGUR
  5. JUS ANGGUR
  6. TEMBIKAI
  7. PRUN
  8. PEACH
  9. PEAR
  10. AVAKADOR

b) SAYUR
  1. TIMUN
  2. UBI KENTANG
  3. KOBIS
  4. KACANG
  5. KACANG PEAS
  6. TOMATO

c)LAIN-LAIN SUMBER
  1. SUSU
  2. DAGING TERMASUK DGG LEMBU DAN KAMBING
  3. AYAM
  4. IKAN

MAKANAN YANG MENGURANGKAN POTASSIUM
  1. GULA
  2. MKNN BERKARBOHIDRAT RENDAH
  3. KOPI
  4. DIURETIK
  5. TEKANAN MENTAL DAN FIZIKAL

KEKURANGAN POTASSIUM BOLEH MENYEBABKAN

  • KELETIHAN,LEMAH BADAN
  • TEKANAN MENTAL
  • DENYUTAN JANTUNG X NORMAL
  • KULIT KERING
  • TEKANAN DARAH RENDAH
  • SEMBAB
  • TERDAPAT PROTEIN DLM AIR KENCING
  • KEJANG OTOT