Saturday 18 May 2013

Family

Assalamualaikum....

Pada ari selasa ~14/05/2013 kami sekeluarga dikejutkan ngan berita adik ipar, Azizi terlibat dgn kemalangan motosikal ketika blk dr kerja....Terkejut dan risau dgn keadaan adik yg tidak mendapat kepastian tentang tahap kesihatan dia....Hati berasa sedih,takut peristiwa 3thn lalu berulang lagi yang mana kami kehilangan seorang adik kerana terlibat dgn kemalangan motosikal ngan lori pasir diRawang....aku dan suami sgt2 takut perkara yang sama berlaku,kami hanya mampu berdoa semoga adik Azizi selamat....

Kami sampai ke HKL pada pukul 9.00mlm,ketika itu semua ahli keluarga suami berkumpul di depan unit kecemasan HKL....Alhamdulilah Azizi hanya mengalami luka-luka di seluruh badan,tulang dahi retak dan mata yg bengkak dan lebam. Bila melihat adik didlm keadaan kesakitan hati dilanda sedih sgt....aku hanya mampu menasihati adik supaya kuat semangat dan cepat sembuh...

  
Azizi dan aish..... ini lah adik yg terlibat dgn kemalangan



Akak doakan adik cepat sembuh.......

Monday 6 May 2013

diariku

PRU13~BLK KG....

Assalamualaikum....

Kita semua sedia maklum PRU13 baru je berlalu...kepada yang menang tahniah dan teruskan perjuangan dan kepada yg kalah berusaha lg menambahbaikkan untk parti anda.....jgn jadi "rumah siap pahat berbunyi" masih menyalahkan antara satu sama lain krn yg paling penting negara kita berada di dalam keadaan aman dan tenteram.....

PRU13 ini saya mengundi di Dun Dong,Raub Pahang yg mencalonkan Dato' Shahirudin Moin dr parti BN dan Tengku Shah Amir Tengku Perang dr parti PAS.....
Perjalanan blk ke kg seperti biasa mengalami kesesakkan dr JPJ Gombak sehingga ke Genting Sempah....dan nak masuk ke bdr Raub....selepas mengundi saya bergegas blk ke kl kerana en hubby mengundi di Ampang....terasa penatnye mengejar masa....apapun saya dan en hubby sudah menjalankan tanggungjawab kami kepada negara tercinta.....

Nak tau sape pilihan saya????
ha...ha...undi adalah rahsia.......